Cari @ Amanz

Realme GT adalah siri peranti yang memfokuskan kepada prestasi, ciri unik dan teknologi baharu. Di pasaran Malaysia kali terakhir siri peranti ini dibawa masuk adalah GT2 dan GT Neo3T. GT3 dengan pengecasan 240W dan lampu LED di belakang yang saya uji di MWC Barcelona 2023 sayang sekali tidak ditawarkan.

Terbaru, realme bakal hadir dengan GT5 pula. Eksekutif realme di China iaitu Xu Qi Chase berkongsi di Weibo yang pembekal mereka berang kerana panel belakang GT5 yang sukar untuk dihasilkan. Chase mendakwa yang tekstur peranti ini adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan.

Buat masa ini masih tidak jelas apakah teksturnya? Adakah ia akan mempunyai kemasan seakan kertas seperti sebelum ini, batu-bata, atau mungkin seperti OnePlus 11 edisi Jupiter Rock? Turut tidak pasti sama ada realme GT5 akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak, sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd