Menurut perancangan asal NASA, Misi Artemis III yang akan mengembalikan manusia kembali ke permukaan bulan akan dilancarkan pada Disember 2025. Kini NASA sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan misi Artemis III kerana isu dengan sistem Starship yang dibina oleh SpaceX.

April lalu Starship meletup ketika dilancarkan dalam ujian peringkat pertama. Bukan sahaja ia gagal tiba ke orbit sebelum musnah, tapak pelancarannya di Texas juga rosak teruk kerana kuasa roket Super Heavy yang merupakan paling berkuasa pernah dihasilkan dalam sejarah aeroangkasa. SpaceX belum mampu membuktikan Starship boleh melakukan pendaratan ke permukaan bulan yang adalah perlu untuk kejayaan misi.

Misi Artemis II dijadualkan pada November 2024 ini dengan ia membaca empat orang anak kapal. Dalam misi ini buat pertama kali krew akan dibawa di dalam kapsul Orion pergi mengelilingi bulan. Misi Artemis I berjaya dilakukan tahun lalu dengan ia membawa kapsul yang hanya mengandungi patung sebagai ganti krew manusia.
- Sumber
- SpaceNews