Carian
SpaceX Starship Meletup Semasa Ujian Pelancaran Ke Orbit
April 20, 2023 Effi Saharudin

Starship akan menjadi kapal angkasa yang akan membawa angkasawan SpaceX ke bulan dan Marikh. Selepas beberapa ujian telah dilakukan di dalam atmosfera bumi, kini tiba pula ujian untuk melancarkannya ke angkasa lepas pula. Sebentar tadi, pelancaran pertama Starship untuk mengorbit bumi telah berjaya dilakukan dari Boca Chica, Texas menggunakan sebuah roket Super Heavy. Namun begitu selepas melepasi tahap pertama, roket mengalami isu dan berkecai sebelum Starship sempat berpisah dan menyalakan enam enjin tahap keduanya.

Walaupun gagal memenuhi sasaran misi, SpaceX mengatakan data ujian hari ini adalah berguna untuk melakukan pelancaran yang seterusnya. Dalam ujian sub-orbital Starship tahun lalu, ia mengalami beberapa kegagalan sebelum berjaya melakukan pendaratan semula secara menegak ke muka bumi.

Roket Super Heavy yang dilengkapi 33 enjin Raptor ialah roket paling berkuasa pernah dihasilkan oleh dalam sejarah aeroangkasa. yang memberikan tujahan hampir dua kali ganda roket Space Launch System (SLS)  untuk Misi Artemis. Selain menjadi roket paling berkuasa, sistem Starship dan Super Heavy juga merupakan roket tertinggi dunia dengan ia mencapai 119 meter.

Seperti Misi Artemis, SpaceX juga ingin menghantar sekumpulan angkasawan mengelilingi bulan dalam masa terdekat. Misi Dear Moon yang menyasarkan pelancaran tahun ini akan membawa hartawan Yusaku Maezawa dan tujuh lagi anak kapal mengelilingi bulan di dalam sebuah Starship.

Komen