Roket SpaceX Super Heavy Dengan 29 Roket Raptor Ke Tapak Pelancaran Sebelum Ujian

Diterbitkan pada Ogos 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Roket SpaceX Super Heavy akan menjadi roket paling berkuasa pernah dihasilkan oleh manusia dengan kemampuan mengangkat 150 tan kargo ke angkasa lepas. Ia akan digunakan sebagai roket yang melancarkan kapal angkasa lepas Starship ke bulan kelak. Pagi ini Elon Musk berkongsi gambar prototaip Super Heavy melakukan perjalanan ke tapak pelancaran sebelum melakukan ujian pertama.

Roket ini dilengkapi 29 roket Raptor yang juga digunakan oleh Falcon Heavy sebelum ini dengan ketinggian melebihi 200 kaki. Kemudian prototaip Starship akan diletakkan pula di atasnya. Ini masih lagi belum konfigurasi akhir kerana SpaceX merancang menggunakan 32 roket Raptor pada rekaan akhir.

Wikipedia Commons – Thorenn – CC BY-SA 4.0,

Ujian ini dilakukan sebahagian daripada persiapan untuk melakukan Misi Artemis sebenar pada tahun 2024 kelak untuk mengembalikan manusia ke permukaan bulan. Selepas kontrak misi ini ditentang oleh Blue Origin dan Dynetics, NASA dibenarkan untuk terus memberikan kontrak kepada Space sebagai kontraktor tunggal sistem roket dan HLS untuk Misi Artemis.

Selain Misi Artemis, Super Heavy dan Starship akan digunakan oleh SpaceX sebagai sistem ke planet Marikh dan pengangkutan adi pantas ke permukaan bumi secara komersial dan misi ketenteraan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami