SpaceX Starship Akhirnya Berjaya Melakukan Ujian Pendaratan Dengan Selamat

Diterbitkan pada Mei 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Starship ialah kapal angkasa yang akan digunakan oleh SpaceX untuk misi ke permukaan bulan, Marikh dan membawa penumpang dengan pantas ke mana-mana lokasi di bumi. Selepas empat ujian pertama Starship gagal ketika cuba mendarat, SpaceX akhirnya berjaya melakukan pendaratan pertama kapal angkasa ini pagi tadi.

Starship SN15 mendarat dengan selamat di tapak ujian Starbase Texas. Pelbagai penambahbaikan dilakukan dengan kemas kini pada susunan tiga enjin Raptor, kelengkapan elektronik dan senibina sistem bahan api yang dipercayai menjadi punca kegagalan empat ujian terdahulu. Walaupun berjaya mendarat dengan selamat, masih berlaku kebakaran pasca pendaratan cuma ia tidak meletup seperti SN10.

Kejayaan ini mendekatkan lagi SpaceX kepada impian mereka untuk menghasilkan Starship pada skala sebenar. Kesemua ujian yang dilakukan adalah menggunakan prototaip pada skala yang lebih kecil. Walaupun kontrak untuk menghantar angkasa Misi Artemis telah digantung oleh NASA, SpaceX masih meneruskan ujian ke atas Starship yang akan menjadi kapal angkasa utama untuk misi-misi mereka selepas ini untuk meneroka angkasa lepas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami