Cari @ Amanz

Pertengahan bulan lalu NASA menganugerahkan kontrak bernilai ~RM11 bilion kepada SpaceX untuk membina Human Landing System (HLS) yang digunakan untuk melakukan pendaratan ke permukaan bukan untuk Misi Artemis. Sejurus selepas kontrak dianugerahkan, Blue Origin milik Jeff Bezos dan Dynetics kedua-duanya telah memfailkan bantahan kepada Pejabat Akauntabiliti Kerajaan (GAO) Amerika Syarikat.

Rekaan HLS SpaceX, Dynetics dan Blue Origin

Menurut kedua-dua syarikat, NASA mengambil risiko kerana hanya memilih satu sistem dari satu syarikat. Ini membahayakan Misi Artemis dah tidak menggalakkan persaingan untuk misi kembali ke bulan. Sekiranya sistem SpaceX yang berasaskan Starship gagal dibangunkan mengikut masa, ia akan menyebabkan kelewatan kepada Misi Artemis yang menyasarkan pendaratan ke bulan pada tahun 2024.

Beberapa ujian ke atas Starship berakhir dengan letupan kerana ia sistem baharu yang tidak pernah digunakan sebelum ini. Sebaliknya Blue Moon, HLS yang dibangunkan oleh Blue Origin mempunyai rekaan yang sama seperti modul pendaratan bulan Apollo yang berjaya melakukan misi sebanyak 6 kali.

Walaupun kontrak SpaceX telah digantung sementara menunggu siasatan GAO, pembangunan Starship tidak akan terjejas kerana ia dibangunkan untuk kegunaan misi ke bulan komersial persendirian dan membawa kargo di bumi. GAO kini diberikan 100 hari untuk menyiasat wujudnya ketidakadilan dalam pemberian kontrak NASA kepada SpaceX.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd