Jeff Bezos Membantah Kontrak Misi Ke Bulan Yang Dianugerahkan NASA Kepada SpaceX

Diterbitkan pada Apr 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NASA akan menggunakan roket dan sistem pendaratan ke permukaan bulan yang dibina oleh SpaceX untuk Misi Artemis mereka. Kontrak bernilai sekitar $12 bilion telah dianugerahkan oleh NASA kepada SpaceX minggu lalu. Mereka beraya mengalahkan sistem yang direka oleh Blue Origin dan Dyentics. Hari ini Blue Origin, syarikat yang dimiliki oleh hartawan Jeff Bezos membantah kontrak yang diberikan.

Protes terhadap pemberian kontrak setebal 175 muka surat difailkan Blue Origin ke Pejabat Akauntabiliti Kerajaan Amerika Syarikat. Menurut Blue Origin, NASA mengambil risiko kerana hanya memilih satu sistem dari satu syarikat. Ini membahayakan Misi Artemis dah tidak menggalakkan persaingan untuk misi kembali ke bulan.

Blue Moon

Tidak seperti SpaceX, Blue Origin bekerjasama dengan syarikat lain iaitu Northrop Grumman, Lockheed Martin, dan Draper ketika cuba memenangi kontrak. Blue Origin hanya terlibat dalam menghasilkan modul pendaratan yang diberi nama Blue Moon dengan syarikat lain bertanggungjawab membina sistem roket kerana mereka mempunyai pengalaman luas menghasilkannya untuk NASA sejak 1950an lagi.

NASA turut dituduh memilih SpaceX walaupun sistem mereka tidak pernah diuji di situasi sebenar sedangkan Blue Origin menggunakan kepakaran Lockheed Martin serta Northrop Grumman dengan sistem yang terbukti berkesan pada misi NASA sebelum ini. Sebab utama SpaceX memenangi kontrak dipercayai adalah kos dengan bidaan $2.89 bilion berbanding bidaan $5.99 bilion oleh Blue Origin.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami