Cari @ Amanz

Barisan peranti boleh pakai Xiaomi dilihat bakal menerima kemaskini baharu pada 14 Ogos ini. Melaluinya Xiaomi Band 8 Pro akan diumumkan yang sepatutnya akan menjadi lebih baik berbanding sedia ada, dalam masa sama melengkapkan lagi segmen produk berkenaan.

Beberapa aspek penting pada peranti telah mula didedahkan dengan rekabentuk yang serupa dengan Xiaomi Smart Band 7 Pro sebelum ini. Skrin empat segi digunakan oleh Xiaomi bersama pilihan tali yang juga boleh diubahsuai ikut gaya pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana ia bukan sahaja mempunyai pilihan warna yang ceria, malahan jenis juga berbeza yang merangkumi keluli, kulit atau silikon.

Berbalik pada skrin utama, ia juga lebih besar dengan saiz 1.74″ berbanding 1.62″ yang digunakan pada Band 8 sebelum ini. Ini bagi menawarkan pengalaman visual lebih baik dan lancar buat pengguna. Dalam masa sama skrin juga dikatakan lebih luas dengan saiz bezel yang seimbang disekelilingnya.

Tiada butiran lanjut mengenai spesifikasi dalamannya, namun ia sepatutnya hadir dengan fungsi yang sama seperti peranti boleh pakai lain khususnya pemantauan denyutan jantung sepanjang hari. Bukan itu sahaja ia juga dijangka mengintegrasi ciri NFC dan GPS terbina yang secara tidak langsung memberi nilai tambah lain padanya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd