Redmi Pad SE telah ditemui di laman pensijilan SIRIM Malaysia yang bukan sahaja mengesahkan mengenai kewujudannya. Malahan turut boleh dijangka ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Tablet dengan kod nama 23073RPBFG (Redmi Pad SE) ini telah didaftarkan oleh Xiaomi Technologies Malaysia Sdn Bhd sejak 7 Julai yang lalu.
Buat masa ini masih belum dapati dipastikan butiran spesifikasinya secara khusus. Namun menurut apa yang tertiris sebelum ini, ia boleh menjadi pengganti kepada Redmi Pad sebelum dan turut dipasarkan dengan harga yang mampu milik.
Selain itu cip Snapdragon 680 dipercayai digunakan sebagai tunjang utama dengan gabungan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Tablet juga mungkin memuatkan kamera utama 8MP, kamera swafoto 5MP, bateri 8,000mAh dan skrin LCD 11″ dengan kadar segar semula 90Hz.