Redmi K60 Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan – Hadir Dengan Memori Sehingga 24GB RAM, Storan 1TB
Aman
Xiaomi kini mengumumkan mereka bakal melancarkan telefon pintar mercu Redmi untuk tahun 2023 ini, iaitu siri Redmi K60. Peranti ini dijangka diumumkan untuk pasaran China terlebih dahulu, dan mungkin hadir dibawah jenama lain untuk pasaran global.

Redmi K60 ini dijangka hadir dengan variasi “Extreme” atau “Ultra”, yang mana menyertakan memori sehingga 24GB RAM padanya, serta storan mencapai 1TB. Pengenalan ini dilihat mungkin menjadi norma beberapa jenama China, apatah lagi dengan pihak RedMagic yang sedia menyediakan penawaran peranti dengan memori sedemikian, selain OnePlus turut mengacah pengenalan OnePlus Ace 2 Pro dengan 24GB RAM.
Disamping itu, siri Redmi K60 ini juga dijangka hadir menyertakan cip Dimensity 9200 Plus, dan skrin dengan kadar segar semula 144Hz.
Disamping telefon Redmi ini, pihak Xiaomi juga dijangka memperkenalkan telefon boleh-lipat Xiaomi MIX Fold 3 pada tarikh sama, 14 Ogos 2023.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.