Cip paling berkuasa ditawarkan Apple kepada pengguna ialah M2 Ultra dengan CPU 24-teras, dan GPU 76-teras. Menurut laporan Mark Gurman di Bloomberg, cip Apple M3 Ultra yang sedang dibangunkan sekarang akan meningkatkan lagi prestasi menerusi penambahan teras pada CPU dan GPU.
Gurman mengatakan cip M3 Ultra kelak akan dilengkapi CPU 32 teras dan GPU 80 teras. Ia besar kemungkinan akan diberikan kepada Mac Pro dan Mac Studio baharu untuk tugasan yang memerlukan kuasa memproses yang tinggi menjelang penghujung 2024.
Sebagai perbandingan cip Apple M3 biasa hanya akan dilengkapi CPU 8 teras dan GPU 10 teras sahaja. Cip ini akan diberikan kepada MacBook Air 13″ dan MacBook Pro 13″. Kedua-dua model baharu MacBook ini mungkin akan dijual bermula Oktober ini. Sementara itu cip Apple M3 Pro pula kelak dipercayai akan dilengkapi CPU 14 teras dan GPU 32 teras. Akhir sekali Apple M3 Max pula dengan CPU 16 teras dan GPU 40 teras.