Cari @ Amanz

Redmi K60 Ultra akhirnya dilancarkan secara rasmi malam ini dengan ia merupakan sebuah lagi peranti mercu dengan cip pemproses Dimensity 9200+. Ia adalah model yang akan bersaing secara terus dengan K60 Pro yang dilancarkan sebelum ini dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.67″ OLED resolusi 1.5 K, kadar segar semula 144Hz dan keterangan mencecah 2600 nits. Ini dipadankan dengan memori sehingga 24GB LPDDR5X, storan sehingga 1TB UFS 4.0 dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan ultra pantas 120W. Dengan memori yang besar ini, Xioami berkata sehingga sehingga 71 aplikasi boleh diletakkan di latar belakang.

Sementara itu di bahagian belakang terdapat sistem trikamera sudut lebar 50MP, 8MP ultra sudut lebar dan 2MP kedalaman. Di hadapan pula sebuah kamera 16MP pula digunakan dengan ia diletakkan dalam sebuah lubang kamera pada skrin. Dengan cip berkuasa, K60 Ultra boleh merakam video pada resolusi 8K 24FPS.

Ciri menarik yang ada pada K60 Ultra ialah ia melepasi piawaian kalis air IP68 dan skrin pula boleh menyokong kandungan Dolby Vision. Sistem operasi yang digunakan ialah MIUI 14 yang berasaskan Android 13. Pada waktu ini K60 Ultra hanya dipasarkan di China dan tidak diketahui sama ada ia akan ke pasaran global seperti peranti Redmi atau Poco kelak.

Harga jualan Redmi K60 Ultra adalah

  • RMB 2599 (~RM1653) – untuk 12/256 GB
  • RMB 2799 (~RM1780) – untuk 16/256 GB
  • RMB 2999 (~RM1907) – untuk 16/512 GB
  • RMB 3299 (~RM2098) – untuk 16/1000 GB
  • RMB 3599 (~RM2289) – untuk 24/1000 GB
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd