X (dahulunya Twitter) hari ini dituduh memperlahankan pautan ke laman luar milik pesaing dan beberapa organisasi berita. Laporan Washington Post mengatakan apabila pautan ke Threads, Reuters dan New York Times antara yang mengambil masa sehingga lima saat dibuka selepas alamat ditekan dalam ciapan X.

Sebelum ini X menghalang pautan ke laman pesaing seperti Threads, Mastodon dan Bluesky bagi mengelakkan pengguna berhijrah ke platform lain. Selepas berita ini dilaporkan, X serta merta tidak lagi memperlahankan tempoh diambil untuk pautan dibuka. Namun begitu X tidak memberikan sebab mengapa pautan ke beberapa lama terpilih diperlahankan dan kenapa ia kemudiannya dibuang secara tergesa-gesa.
Antara sebab mengapa Elon Musk membeli Twitter adalah kerana ingin “menjaga hak kebebasan bersuara”. Beliau mendakwa Twitter menghalang kebebasan bersuara kerana menggantung beberapa akaun individu ultra konservatif. Apa yang dilakukan X ini adalah bercanggah dengan prinsip kebebasan bersuara.
- Sumber
- Washington Post