Google Assistant Akan Dimatikan Pada Wear OS Generasi Lama
Fahim Zahar
Wear OS adalah sistem operasi jam tangan pintar yang memulakan hidupnya sebagai Android Wear sembilan tahu yang lalu sebelum nama ditukar pada tahun 2018. Pada waktu ini masih banyak jam tangan pintar menjalankan Wear OS 2 kerana pengedaran kemas kini yang sangat perlahan. Baru-baru ini 9to5Google melaporkan yang Google akan mematikan sokongan Google Assistant pada jam tangan Wear OS 2 dan ke bawah.

Google turut mengeluarkan mesej memberitahu pengguna untuk menggunakan jam tangan pintar baharu yang menyokong Wear OS 3 ke atas.Ini adalah satu berita yang mengecewakan kerana beberapa jam Fossil dan TicWatch masih tersangkut dengan Wear OS versi lama.
Tetapi hakikatnya sokongan pada jam tangan pintar adalah sama sahaja seperti telefon pintar iaitu sekitar lima tahun sahaja. Apple sendiri telah menghentikan sokongan untuk Apple Watch Series 1 pada tahun 2020 selepas lima tahun dilancarkan. Oleh sebab inilah sudah wujud Apple Watch yang diubahsuai menjadi jam mekanikal bagi memanjangkan hayat penggunaannya dan tidka menjadi sampah elektronik.
[sumber] 9to5Google [/sumber]