Rekaan Lenovo Legion Go Tertiris – Pesaing Kepada ROG Ally Dan Steam Deck
Effi Saharudin
Bukan rahsia bahawa Lenovo ingin melancarkan konsol mudah alih untuk permainan PC untuk bersaing ROG Ally dan Steam Deck. Hari ini rekaan sebenar Lenovo Legion Go akhirnya tertiris menerusi laman Windows Report menunjukkan ia adalah lebih mirip sebuah Nintendo Switch.

Legion Go mempunyai dua alat kawalan pada sisi yang boleh ditanggalkan. Di belakang pula dapat dilihat tongkat yang membolehkan bahagian skrin didirikan di atas meja. Pada kedua-dua alat kawalan terdapat tombol analog dan juga butang empat arah digital.

Empat butang muka pula diletakkan pada alat kawalan kanan. Beberapa butang-butang bahu, butang belakang turut dan roda berputar dapat dilihat pada imej alat kawalan yang tertiris. Lubang aliran udara yang agak besar diletakkan pada bahagian belakang. Pada tongkat, penjenamaan Legion dapat dilihat dengan jelas.

Windows Report turut mengatakan peranti ini dilengkapi skrin 8″ OLED dengan sokongan sesentuh. Sistem operasi yang dijalankan pula ialah Windows 11 dan ia dipercayai akan menggunakan cip AMD yang sama seperti pada ROG Ally. Tidak diketahui bilakah konsol mudah alih ini akan dilancarkan tetapi besar kemungkinan di IFA Berlin bulan depan.
[sumber] Windows Report [/sumber]