Lenovo menamatkan pengeluaran telefon pintar gaming Legion mereka tahun ini selepas tidak menerima sambutan. Terkini menurut laporan Windows Central, mereka sedang membangunkan pula sebuah konsol mudah alin menggunakan Windows 11 yang diberi nama Legion Go.

Legion Go adalah sama seperti ASUS ROG Ally dengan ia direka untuk dimainkan di mana-mana sahaja. Ia akan dilengkapi skrin 8″ sesentuh dan menggunakan cip siri Ryzen 7040. Dari segi rekaan ia mungkin menyamai konsol mudah alih Android Legion Play yang tidak dilancarkan. Tiada maklumat lain diketahui setakat ini selain ia akan mempunyai ciri yang sama seperti konsol mudah alih Windows 11 lain di pasaran.
Segmen konsol Windows 11 mudah alih ini adalah menarik kerana mengisi kekosongan pasaran konsol mudah alih dengan kemampuan grafik yang tinggi. Berdasarkan pengalaman kami menggunakan ROG Ally, kami boleh katakan ia adalah peranti yang cukup menarik cuma tidak mempunyai ketahanan bateri yang baik.

Kebenaran ura-ura ini belum lagi disahkan tetapi kami pernah berbincang dengan wakil Lenovo Asia Pasifik sebelum ini dan beliau mengatakan penghasilan konsol mudah alih adalah antara yang sedang dipertimbangkan oleh syarikat.
- Sumber
- Windows Central