Jika Asus ada barisan produk gaming di bawah jenama ROG, Lenovo pula ada di bawah Legion. Kedua-dua jenama ini ada laptop dan juga telefon gaming masing-masing. Asus masih serius dan fokus kepada ROG Phone mereka dengan ROG Phone 7 akan tuba tidak lama lagi.

Lenovo Legion Phone pula kali terakhir dikemaskini adalah pada bulan lalu melalui Legion Y90. Dukacita dimaklumkan peranti yang khusus untuk pasaran China itu adalah peranti gaming terakhir mereka. Ini kerana Lenovo telah mengesahkan yang mereka akan menamatkan perniagaan telefon gaming Android Legion. Sebaliknya Lenovo akan fokus kepada produk gaming lain dan ingin memberi nilai terbaik kepada komuniti gaming global.

Buat masa ini masih tidak pasti apakah nasib peranti seperti Legion Phone Duel 2 yang dijual di Malaysia seperti kemaskini perisian dan khidmat bantuan pelanggan.
Selain Lenovo, jenama Black Shark juga sudah menyepi lama dengan baru-baru ini membuang ratusan pekerja. Black Shark 6 yang tertiris sebelum ini juga sudah tiada sebarang perkembangan mengenainya. Adakah ini petanda telefon gaming akan mati?