Terdapat dua lagi peranti Oppo di bawah siri A yang melepasi pengesahan SIRIM sejak semalam, sekaligus menandakan pelancarannya semakin hampir. Kedua-duanya telah didaftarkan oleh Jie Business Sdn Bhd dengan kod nama CPH2579 (Oppo A38) dan CPH2591 (Oppo A18).
Peranti tersebut juga masih belum diumumkan secara rasmi di mana-mana pasaran, yang sudah semestinya menimbulkan pelbagai persoalan mengenai spesifikasi dalaman. Namun ia dipercayai boleh dipasarkan sebagai peranti kelas asas yang juga mungkin sekadar menyokong capaian 4G sahaja.
Secara logiknya juga Oppo A18 boleh menjadi model kemaskini untuk Oppo A17 sebelum ini, yang turut telah pernah dijual di Malaysia pada RM599. Sementara itu Oppo A38 pula adalah model generasi baharu untuk Oppo A36.