Samsung Galaxy Z Flip5 adalah iterasi telefon flip terbaik pernah kami gunakan di Amanz. Ini kerana Samsung akhirnya menggunakan skrin luar yang lebih besar dan berguna berbanding sebelum ini yang hanyalah seakan skrin penjejak kesihatan sahaja. Di bawah ialah pautan ulasan yang kami terbitkan hari ini.
Walaupun begitu, selepas lima generasi Galaxy Z Flip Samsung masih degil untuk tidak menaiktaraf kamera peranti ini. Sejak Z Flip pertama sehinggalah Z Flip5 kamera masih lagi dengan sensor 12 Megapixel di luar dan 10 Megapixel di skrin dalam.
Menurut laporan Galaxy Club, Samsung sedang mempertimbangkan penggunaan sensor 50 Megapixel untuk Galaxy Z Flip6. Jika perkara ini benar, telefon Flip ini akhirnya akan mempunyai kemampuan kamera yang lebih baik dengan butiran yang lebih jelasserta boleh bersaing dengan Galaxy S23, S23+ dan juga Z Fold5.