Carian
Google Messages Akan Menyokong Penghantaran Mesej Kecemasan Menggunakan Satelit
August 18, 2023 Effi Saharudin

Siri iPhone 14 tahun lalu menyokong ciri menghantar mesej kecemasan menggunakan satelit sekiranya tiada rangkaian selular atau WiFi. Pada peranti Android ciri ni hanya disokong sebilangan kecil peranti keluaran Huawei. Ciri ini akan disokong juga pada peranti Android menerusi Qualcomm Snapdragon Satellite yang belum digunakan secara meluas. Hari ini antaramuka Google Messages dengan ciri mesej kecemasan telah tertiris menerusi ciapan Neil Rahmouni.

Sebelum ini kod sokongan telekomunikasi kecemasan menggunakan satelit ditemukan pada kod Android 14. Dengan antaramuka ini jelaslah ciri komunikasi satelit akan hanya diaktifkan pada peranti dengan sistem operasi Android 14 kelak.

Sejak ciri telekomunikasi satelit diaktifkan pada peranti iPhone 14 sejak November tahun lalu. Terdapat beberapa insiden pemilik peranti diselamatkan walaupun tanpa sokongan selular. Dalam kejadian kebakaran hutan di Hawaii minggu lalu misalnya, ada mangsa yang berjaya melakukan panggilan selepas sistem selular pulau terputus.

Komen