Sejajar dengan paradigma dan peralihan masa yang drastik, CelcomDigi hari ini berkongsi sejumlah perkara berkaitan dengan perkembangan syarikat, yang juga melibatkan data menarik untuk separuh tahun pertama 2023. Ini termasuklah pengguna CelcomDigi yang dikatakan meningkat hampir 400K pada separuh tahun pertama 2023.
Secara khususnya syarikat itu telah menerima lebih 391,000 pelanggan baharu pada separuh tahun pertama 2023. Trend ini dikatakan bakal terus menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan bagi pengguna, khususnya buat mereka yang mengharapkan penyampaian kesalinghubungan termasuk pengalaman digital yang lebih baik pada rangkaian 4G LTE dan 5G.
Turut dinyatakan bahawa daripada jumlah tersebut, seramai 185,000 pelanggan baharu yang berdaftar dengan CelcomDigi pada suku kedua tahun ini, sekaligus secara kolektifnya menjadikan syarikat ini mempunyaik lebih daripada 20.48 juta pengguna aktif buat masa ini. Namun perlu dinyatakan bahawa angka tersebut tidak termasuk pengguna berdaftar Yoodo.
Dalam pada itu CelcomDigi turut berkongsi mengenai perkembangan integrasi rangkaian berkelajuan penuh yang telah dimulakan sejak suku kedua lalu. Di mana 60% daripada perancangan tersebut telah selesai setakat ini dengan lebih daripada 2,000 tapak dalam 24 kluster disatukan. Ia dijangka mampu menyampaikan rangkaian 4G terluas dengan peningkatan liputan penduduk mencapai 98% di seluruh Malaysia apabila selesai kelak.
Turut dikongsi bahawa CelcomDigi juga telah memperkenalkan pelbagai tawaran 5G menarik merentasi pengguna, sama ada pascabayar atau prabayar. Dalam masa sama mereka juga telah mempertingkatkan pelan CelcomDigi Home Fibre dengan menyediakan internet rumah berkelajuan mencapai 1Gbps dengan lebih penjimatan apabila digabungkan dengan pelan pascabayar terpilih.
Bukan itu sahaja CelcomDigi juga teleh melancarakn siri CelcomDigi MY5G bertujuan memacu industri pembangunan dan penggunaan 5G dalam kalangan ahli korporat serta sektor awam di negara ini.
Tidak ketinggalan CelcomDigi turut berkongsi perancangan untuk melepaskan pegangan dalam Yoodo, yang mana proses ambil alih kini masih dalam perbincangan dengan banyak pihak termasuk luar negara.