Cari @ Amanz

Samsung pada hari ini sedia menawarkan pilihan sensor sehingga 200-megapixel, dan bergerak kehadapan mereka dijangka terus hadir dengan sensor pada kadar resolusi lebih tinggi. Mengikut desas-desus terbaru yang hadir ke arena web, Samsung dikatakan sedang membangunkan beberapa sensor baharu, mencapai sehingga 440-megapixel.

Ia dikatakan beberapa sensor berkuasa tinggi sedang dibangunkan, termasuk 50MP GN6, 200MP HP7, sensor 320MP dan juga 440MP HU1.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada sensor-sensor ini akan menyasarkan penggunaan pada telefon atau pada automotif. Namun, beberapa info awal memperlihatkan seperti sensor 50MP tersebut kelak akan hadir dengan sensor rakaman 1-inci – sekaligus bersaing dengan penawaran Sony sedia ada.

Untuk makluman, pada tahun 2020 lepas, Samsung sedia secara rasminya menyatakan ingin membangunkan sensor pengimejan sehingga 600-megapixel, selari menghampiri mata manusia yang dikatakan mempunyai penggunaan sekitar 500-megapixel.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd