Cari @ Amanz

Lebih sebulan Threads dilancarkan tetapi ia masih belum mempunyai versi web yang seharusnya menjadi standard pada semua aplikasi media sosial. Ia sudah dijanjikan sejak beberapa minggu yang tetapi tiada pengesahan daripada Meta sehinggalah hujung minggu ini. Adam Mosseri yang merupakan ketua di Threads mengesahkan versi web sudah semakin hampir dilancarkan.

Ini berdasarkan jawapan balasan kepada pengguna Threads yang bertanya mengenai versi web dua hari lalu. Selain versi web semakin hampir dilancarkan, Mosseri turut berkata sokongan untuk peranti skrin boleh-lipat juga sedang dibangunkan. Beliau berkongsi imej Pixel Fold dalam hantaran Threads beliau mengenai tiada sokongan untuk peranti skrin boleh-lipat sehingga sekarang.

Tidak tahu selama manakah masa akan diambil. Instagram hanya menyokong peranti skrin bole-lipat sejak minggu lalu tetapi pada siri Galaxy Z Fold sahaja pada waktu ini. Kerana kekurangan ciri, momentum awal Threads sebagai alternatif terbaik untuk Twitter kini semakin hilang. Jika Meta serius untuk bersaing, sokongan seakan Tweetdeck perlu diberikan memandangkan X sendiri tidak lagi menyokongnya kecuali pada pengguna X Premium sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd