Cari @ Amanz

Awal bulan ini India mula mengenakan sekatan ke atas import komputer riba, komputer desktop, tablet dan pelayar bagi mempertahankan industri IT tempatan. Syarikat masih ingin mengimport peralatan elektronik ini perlu memohon lesen terlebih dahulu dengan tarif tinggi akan dikenakan. Menurut laporan Bloomberg, beberapa syarikat komputer utama Amerika Syarikat menentang penguatkuasaan sekatan ini.

India

Apple dan Intel serta beberapa pengeluar komputer utama Amerika Syarikat menghantar surat kepada Jabatan Perdagangan A.S menggesa India mempertimbangkan semula arahan yang dikeluarkan. Ini adalah kerana ia “boleh mengganggu perdagangan, menghalang usaha untuk menyepadukan India dengan lebih rapat ke dalam rantaian bekalan global, dan membahayakan perniagaan dan pengguna di kedua-dua negara”.

Pada asalnya arahan ini berkuatkuasa secara serta merta tetapi kini ditangguh tiga bulan bagi membolehkan syarikat mendapatkan lesen import yang diperlukan. Apple akan terjejas teruk kerana majoriti komputer mereka dikilangkan di China. Mereka mempunyai beberapa kilang di India tetapi mengeluarkan iPhone di bawah program Make In India. Sejak program ini dilancarkan, 98% telefon pintar untuk keperluan tempatan dikilangkan di dalam India.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd