Cari @ Amanz

Samsung ingin menggunakan semula cip Exynos pada peranti keluaran mereka selepas terpaksa menggunakan cip Snapdragon berikutan isu dengan Exynos 2200 yang mengecewakan. Cip baharu ini akan direka khusus untuk keperluan peranti Galaxy seperti yang dilakukan oleh Apple dan Huawei menerusi cip rekaan mereka sendiri.

Terkini spesifikasi cip Eyxnos 2400 telah tertiris dengan ia bakal hadir dengan CPU 10 teras serta masih lagi berasaskan teknologi 4nm. Menerusi maklumat yang dikongsi oleh Antutu, Exynos 2400 akan hadir dengan konfigurasi CPU 1+2+3+4. Ini terdiri daripada 1 x 3.1GHz Cortex-X4 ,2 x 2.9GHz Cortex-A720, 3 x 2.6GHz Cortex-A720 dan 4 x 1.8GHz Cortex-A520. In kemudiannya dipadankan pula dengan GPU Xclipse 940 yang mempunyai 12 CU tetapi masih berasaskan GPU AMD RDNA 2.

Dari segi modem pula ia dilengkapi Exynos 5300 modem yang menyokong kelajuan muat turun 10Gbps dan muat naik 3.87Gbps. Lebih menarik ialah moden ini boleh melakukan komunikasi dua hala dengan satelit. Satu ciri yang lama diuar-uarkan tetapi tidak hadir pada peranti Samsung tahun ini.

Cip ini turut menyokong storan pantas UFS 4.0 serta memori LPDDR5X yang diharap boleh memberikan kemampuan rakaman vide sehingga 8K 60FPS. Exynos 2400 adalah pesaing kepada Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dan MediaTek Dimensity 9300 yang akan dilancarkan tahun ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd