Carian
Nothing OS 2.0 Akan Ke Phone (1) Minggu Hadapan
August 23, 2023 Fahim Zahar

Nothing OS 2.0 adalah sistem operasi generasi baharu Nothing yang dibina berasaskan Android 13. Nothing OS 2.0 setakat ini hanya digunakan pada Phone (2) sahaja dan dia hadir dengan banyak ciri dan fungsi menarik. Antaranya adalah widget pada kunci skrin, tema monokrom, bebas aplikasi gendut, menghampiri Android stok, sokongan widget aktif di skrin utama dan ciri Glyph baharu.

Semasa Phone (2) dilancarkan, Nothing menjanjikan Nothing OS 2.0 turut akan diberikan kepada pengguna Phone (1). Kini selepas beberapa minggu dalam ujian dalaman, Nothing mengumumkan kemas kini ini akan diedarkan bermula minggu hadapan.

Perlu diingatkan walaupun Nothing OS 2.0 untuk Phone (1) majoritinya sama dengan Phone (2), beberapa fungsi akan dihadkan. Misalnya beberapa ciri Glyph yang terhad kepada Phone (2) sahaja.

Komen