Realme 11x telah dilancarkan secara rasminya hari ini dengan spesifikasi kelas pertengahan bersama 5G terbina. Ini boleh dilihat menerusi penggunaan cip MediaTek Dimensity 6100+, yang juga merupakan pemprosan yang sama disertakan pada Realme 11 5G versi global sebelum ini.
Untuk lebih khusus peranti ini didatangkan dengan skrin sebesar 6.72-inci LCD FHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Dimensity 6100+, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB untuk tunjang utamanya.
Turut disertakan adalah kamera utama 64MP dengan kemampuan 2X zum, kemudiannya diikuti pula dengan sensor 2MP untuk kedalaman. Peranti juga memuatkan bateri sebesar 5,000mAh dan pengecasan 33W yang boleh dicas semula menggunakan port USB-C.
Harga jualan peranti adalah ₹14,999 (~RM843) dengan pilihan warna Purple Dawn dan Midnight Black. Peranti juga didapati telah ditemui tersenarai di laman pensijilan SIRIM yang memberi petanda pelancarannya boleh diadakan dalam masa terdekat.