Cari @ Amanz

Apple kini mengumumkan dua pilihan warna baharu iaitu Cosmic Silver dan Cosmic Pink untuk fon telinga nirwayar Beats Studio Buds+. Ia menjadikan kesemuanya sebanyak lima warna disediakan dalam usaha memberi lebih pilihan buat pengguna termasuklah di Malaysia.

Pilihan warna baharu ini dilihat menggunakan kemasan matte berkilat bersama warna perak yang menyerupai logam dan nampak mewah untuk Cosmic Silver. Sementara itu Beats Studio Buds+ Cosmic Pink pula didominasikan dengan rona merah jambu yang sering dikaitkan dengan penampilan lebih ceria.

Tiada perubahan untuk perkakasan dalaman dan harga jualan yang bermakna ia boleh dibeli pada RM699. Namun tidak dapat dipastikan mengenai ketersediaa, memandangkan semakan di laman rasmi produk ini dilabel sebagai akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd