Razer Kishi V2 Pro Untuk Semua Peranti Android Dijual Pada Harga RM679
Fahim Zahar
Razer Kishi adalah alat kawalan permainan universal untuk telefon pintar. Populariti Kishi agaK dahsyat sehingga generasi kedua dilancarkan iaitu Kishi V2 dan versi lebih maju diperkenalkan melalui berkas bersama Razer Edge.

Terbaru, Razer Kishi V2 Pro telah dijual berasingan secara rasmi. Secara keseluruhan alat kawalan ini masih lebih kurang sama dengan Kishi V2, kecuali dengan tambahan sistem haptik HyperSense. Susun atur butang adalah seakan alat kawalan Xbox, kemudian kayu analog disediakan, turut terdapat butang D-Pad, beberapa butang tambahan dan butang bahu.

Kishi V2 Pro turut dibangunkan untuk digunakan bersama PS Remote Play, Steam Link, GeForce Now dan juga Xbox. Seperti model lama, V2 Pro turut boleh digunakan dengan mana-mana peranti Android dengan port USB-C. Aplikasi Razer Nexus turut diperkenalkan untuk melakukan lebih kustomasi seperti memaksa permua skrin sesentuh sahaja boleh dimainkan dengan alat kawalan ini.

Razer turut menyatakan Kishi V2 Pro menyokong sistem pintasan pengecasan, bermakna ia boleh dicas sambil dimainkan tanpa risau komponen dalaman akan rosak. Di Malaysia Razer Kishi V2 Pro dijual pada harga RM679 dan hanya warna hitam ditawarkan. Warna putih edisi Xbox dilihat tidak dijual di sini.
[info] Ulasan – Razer Kishi Aksesori Berbisa Untuk Peminat Permua [/info]