Carian
YouTube Hum To Search Membolehkan Lagu Dicari Dengan Mendengungkan Iramanya
August 24, 2023 Fahim Zahar

Tiga tahun lepas, Google Assisant memperkenalkan ciri mencari lagu dengan pengguna hanya perlu mendengungkan irama lagu tersebut. Ciri ini tidak dinafikan mudah untuk digunakan, lagi-lagi kepada pengguna yang tidak hafal lirik, tidak ingat tajuk lagu tetapi masih ingat akan melodinya.

Terbaru, YouTube pula dilihat menguji ciri yang sama. Di YouTube, pengguna hanya perlu tekan ikon mikrofon di sebelah bar carian dan terus mendengungkan irama muzik yang ingin dicari. Menurut YouTube hanya 3 saat dengungan diperlukan.

Hasil carian kemudian akan memaparkan muzik yang berkaitan serta kandungan video lain seperti nyanyian semula, parodi, atau Shorts yang ada muzik tersebut. Ciri ini masih dalam ujian yang terhad, dikatakan hanya sebilangan pengguna Android sahaja dapat menguji ciri ini terlebih dahulu. Sama-sama kita nantikan.

Komen