IQOO Z8 bakal membuat kemunculan rasminya di China pada 31 Ogos akan datang, sekaligus melengkapkan lagi segmen peranti 5G di pasaran. Beberapa butiran penting juga telah didedahkan menerusi kandungan promosi rasmi yang dimuat naik sendiri oleh pihak IQOO di laman web rasmi.
Dari segi rekaan peranti mempunyai tubuh serba nipis dengan rekaan yang mirip dengan Vivo Y78 5G cuma dengan bonggol yang sedikit kecil. Pada bahagian belakang dwi-kamera digunakan dan diletakkan dalam dua bonggol berbentuk bulat.
Penjenamaan OIS turut boleh dilihat dengan jelas yang bermaka ianya disokong oleh sistem kamera ini. Melengkapinya adalah sebuah Flash memanjang yang diletakkan di luar bonggol kamera tadi. Selain terdapat juga sistem imbasan cap jari sisi dan bicu audio 3.5mm disediakan pada peranti ini.
Butiran mengenai perkakasan dalaman pula agak terhad, namun tunjang utamanya akan dijana dengan MediaTek Dimensity 8200. IQOO juga tidka ketinggalan berkongsi markah penanada aras peranti yang didakwa mampu menjaringkan sehingga 980,832 mata dalam ujian AnTuTu.