Carian
USB-C Pada iPhone 15 Dan 15 Plus Sekadar USB 2.0 Yang Perlahan
August 25, 2023 Effi Saharudin

Tahun ini ramai bersorak apabila kedengaran ura-ura siri iPhone 15 akan akhirnya berpindah ke port pengecasan USB-C yang digunakan secara lebih meluas berbanding Lightning. Tetapi kegembiraan ini akan sedikit tercemar menerusi berita yang dilaporkan oleh akaun X Majin Bu pagi ini kerana penggunaan protokol USB-C yang perlahan akan berlaku.

Menurut beliau yang mendapat akses awal kepada kabel pengacas USB-C iPhone 15 baru-baru ini, pada model iPhone 15 dan iPhone 15 Plus protokol yang digunakan ialah USB 2.0. Ini ialah protokol lama dengan kelajuan pemindahan data terhad kepada 480 Mbps sahaja. Bukan itu sahaja USB 2.0 hanya menyokong pengecasan sehingga 20W.

Nampaknya hanya model iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max sahaja yang diramalkan menggunakan protokol USB 3.2 Gen 2×2 (20Gbps) atau Thunderbolt 3 (40Gbps).  Ura-ura lain sebelum ini turut mengatakan pada dua model paling mercu ini pengecasan sehingga 35W akan disokong.

Komen