Tahun lepas, Jerman dilaporkan tidak akan mengharamkan kelengkapan telekomunikasi 5G Huawei. Laporan lepas turut menyatakan di Jerman terdapat 59% kelengkapan 5G RAN oleh Huawei. Terbaru Menteri Dalam Negeri dan Masyarakat Persekutuan Jerman iaitu Nancy Faeser, menyatakan Jerman akan turut membuang kelengkapan 5G Huawei dan ZTE tanpa mengira kos yang perlu ditanggung.

Faeser tidak memberitahu bila Jerman akan memulakannya. Menurut beliau syarikat telekomunikasi memerlukan masa untuk peralihan kepada infrastruktur lain. Tidak lupa juga perubahan kelengkapan dari Huawei ke jenama lain akan memakan kos.
Di UK kos menggantikan kelengkapan telekomunikasi Huawei menelan belanja £4 bilion walaupun penggunaannya lebih rendah berbanding di Jerman. Penyelia rangkain kereta api Jerman Deutsche Bahn sebelum ini melakukan anggaran kos menggantikan kelengkapan mereka sahaja sudah mencecah €400 juta.
Malaysia pula adalah antara negara yang masih neutral mengenai penggunaan komponen 5G Huawei dan ZTE. Kerajaan tidak campur tangan sekiranya ia digunakan pada kelengkapan rangkaian 5G kedua negara tahun depan sungguhpun selepas menerima amaran risiko sekuriti daripada Amerika Syarikat dan EU.
- Sumber
- The Register