Cari @ Amanz

Tahukah anda enam tahun lalu, kerajaan UK mencadangkan untuk sistem penyulitan hujung-ke-hujung dinyahaktifkan pada aplikasi pemesejan atas sebab keselamatan negara. Perkara ini ditentang oleh ramai orang termasuk WhatsApp dan Signal. Malah Apple mungkin akan membuang perkhidmatan iMessage dan FaceTime jika kerajaan UK berkeras ciri penyulitan yang menjamin keselamatan data dan privasi pengguna dimatikan.

Terbaru, Just Security melaporkan yang kerajaan UK kini meminta pengeluar peranti memaklumkan kepada kerajaan sebelum mengedarkan kemas kini sekuriti. Ini adalah untuk memastikan kemampuan mengintip pengguna di UK masih boleh dilakukan sebelum sebarang kerentanan sekuriti ditampal. Ini juga bermakna pengeluar peranti tidak lagi boleh terus mengedarkan kemas kini sekuriti seperti yang dilakukan sekarang.

Bukan itu sahaja, dengan menantikan kelulusan kerajaan terlebih dahulu, kerentanan akan lebih mendedahkan pengguna kepada risiko yang tidak sepatutnya. Bermakna peranti boleh diserang virus, aplikasi hasad boleh dimasukkan atau penggodam boleh memulakan aksi jahat mereka.

Adakah bermakna selepas ini kemas kini tampalan sekuriti pada iOS atau Android akan dihalang di UK? Adakah UK hanya akan menerima kemas kini Android yang disertakan terus dengan tampalan sekuriti terkini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd