Xiaomi terkenal dengan telefon pintar hebat pada harga mampu milik. Mereka juga terkenal dengan banyak mengambil Apple sebagai inspirasi. Sistem operasi mereka untuk telefon pintar iaitu MIUI ada banyak persamaan dengan iOS.
Terbaru, Xiaomi dilihat telah mendaftar tanda dagang untuk MiOS. Dalam senarai pendaftaran, MiOS dikatakan akan digunakan pada pelbagai variasi produk seperti telefon pintar, tablet, laptop dan peranti boleh pakai. Menurut laporan Gizchina, MiOS mungkin masih berasaskan Android jadi bermakna ia bukan seperti HarmonyOS yang sepenuhnya cuba menggantikan Android.

Sumber menyatakan yang turut tidak pasti jika MiOS akan digunakan pada kereta Xiaomi MS11 yang tertiris baru-baru ini. Tiada informasi lanjut lagi mengenai sistem operasi ini dan bila ia akan dilancarkan. Mungkinkah untuk sub-jenama baharu? Mungkin pengganti MIUI? Sama-sama kita nantikan.
- Sumber
- Gizchina