Cari @ Amanz

Jika sebelum ini WhatsApp telah membolehkan ciri reaksi dengan emoji pada status. Ia bakal menjadi lebih baik apabila pengguna kelak boleh memberi reaksi dengan avatar pula.

Penawaran baharu ini pengguna bukan sahaja dapat memberi reaksi dengan luahan emosi yang lebih baik berbanding emoji ringkas. Malahan turut mampu mewujudkan pengalaman komunikasi yang lebih interaktif berbanding emoji atau pelekat biasa.

Secara keseluruhan sehingga lapan jenis avatar akan disediakan seperti senyum, gembira, ketawa, menangis dan lain-lain. Pengguna bagaimanapun hanya dibenarkan memilih satu animasi avatar sahaja dalam satu masa, kemudian pemberitahuan reaksi tersebut akan dihantar dalam bentuk mesej kepada penerima.

Namun demikian, usah risau kerana reaksi emoji masih boleh digunakan seperti biasa dan boleh dipilih menerusi tab kecil yang disediakan. Buat masa ini ia masih diperingkat pembangunan, dan akan tersedia dalam kemaskini akan datang tanpa perkongsian tempoh masa khusus yang didedahkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd