Cari @ Amanz

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini berkongsi menyatakan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) telah bersetuju untuk mempercepatkan pelaksanaan Projek Pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) dibawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sebelum ini, sasaran awal untuk pelaksanaan Identiti Digital Nasional adalah pada 2024. Dengan pengumuman baharu ini, ia tidak diketahui lagi tarikh baharu pelaksanaan atau ujian rintis untuknya.

Melalui penggunaan IDN, ia dijangka memudahkan sejumlah perkara, terutamanya pengesahan diri secara digital dengan berasaskan hanya satu sumber tunggal sahaja. Ia turut ditekankan yang mana IDN bukan pengganti kepada MyKad, tetapi lebih kepada penggunaan identiti digital yang melengkapkan penggunaan MyKad sedia ada untuk digunakan dalam arena digital.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd