Carian
ChatGPT Enterprise Ditawarkan Untuk Perusahaan Dengan Privasi Dipertingkatkan
August 29, 2023 Effi Saharudin

OpenAI menawarkan ChatGPT Enterprise kepada pelanggan perusahaan mereka. ChatGPT Entrprise menggunakan model LLM GPT-4 yang terkini dengan ia menawarkan tahap privasi yang lebih baik berbanding penawaran mereka sebelum ini. Dengan perkhidmatan ini isu data pelanggan tertiris ke arena web yang menyebabkan penggunaan ChatGPT oleh kakitangan diharamkan.

Selain privasi data yang dijamin, ChatGPT Enterprise mempunyai kemampuan menganalisa data yang dimuat naik oleh pelanggan. Selepas dimuat naik pelanggan boleh memintanya untuk memproses dan menyatakan apakah yang boleh difahami. Ia turut boleh diarahkan untuk menghasilkan carta, menyelesaikan masalah matematik dan menghasilkan templat kerja yang kemudiannya dikongsi ke keseluruhan organisasi pelanggan.

Input soalan yang dimasukkan pula adalah sehingga 32,000 token yang membolehkan jawapan lebih terperinci dijana. Akses kepada GPT-4 juga tanpa had dengan ia memberikan jawapan dua kali lebih pantas.

Seperkara lain yang lain pada ChatGPT Enterprise ialah bayaran bulanan yang dikenakan adalah bergantung kepada penggunaan pelanggan. Tiada harga langganan diumumkan oleh OpenAI pada waktu ini.

Pengenalan pelan baharu ini dilihat sebagai cara untuk OpenAI menjana pendapatan kerana walaupun perkhidmatan mereka popular, syarikat masih beroperasi dalam kerugian. Masa depan ChatGPT juga sedikit tergugat disebabkan beberapa saman kumpul yang telah difailkan kerana model LLM mereka didakwa dilatih tanpa meminta kebenaran pemegang harta intelek.

Komen