Carian
Pembangun ChatGPT Mungkin Akan Disaman New York Times
August 17, 2023 Effi Saharudin

OpenAI mungkin berhadapan pula dengan saman yang akan difailkan oleh The New York Times. Menurut laporan NPR, kedua-dua syarikat sedang dalam perbincangan mengenai penggunaan berita yang diterbitkan oleh NYT dalam model-model kecerdasan buatan (AI) OpenAI seperti ChatGPT dan GPT-4. Tetapi perbincangan ini tidak dapat mencapai kata sepakat yang akan memaksa NYT memfailkan saman kerana ia berkenaan penggunaan harta intelek mereka.

Penggunaan berita-berita yang ditulis NYT dalam latihan AI OpenAI adalah merugikan kerana pengguna tidak perlu melawat langsung laman sumber. Setiap kali soalan ditanya, jawapan diberikan OpenAI menggunakan penulis asal pemilik karya asal. Ini adalah asas yang sama digunakan oleh beberapa penerbit buku untuk memfailkan saman kumpul ke atas OpenAI awal tahun ini. OpenAI dituduh melatih AI tanpa meminta kebenaran pemegang harta intelek.

Isu ini tidak terhad kepada OpenAI sahaja kerana pembangun AI generatif seperti Midjourney juga telah disaman kerana menggunakan karya seni artis tanpa kebenaran untuk melatih model mereka.

Komen