Berita mengenai ASUS kononnya bakal menamatkan pengeluaran peranti di bawah siri Zenfone menjadi antara topik perbincangan utama pada minggu lalu. Hal itu dipercayai terjadi berikutan ASUS sedang dalam proses penstrukturan semula syarikat sekaligus Zenfone 10 dikatakan boleh menjadi model terakhir yang dilancarkan.

ASUS bagaimanapun tampil menepis dakwaan tersebut menerusi kenyataan rasmi yang dimuatnaik hari ini. Menurut ASUS berita yang tular sebelum ini adalah tidak sahih. Sebaliknya ASUS akan meneruskan pengeluaran dua barisan produk utamanya, iaitu ROG Phone dan Zenfone seperti biasa. ASUS dalam masa sama turut menyatakan pendirian tegas bahawa mereka mempunyai komitmen yang kuat terhadap perniagaan telefon pintar dan pelanggan mereka.
Dengan memahami perkara ini, kita semestinya bakal melihat kehadiran generasi baharu Zenfone lagi pada masa mendatang. Ia juga turut diyakini dapat meneruskan legasi siri tersebut dengan teknologi lebih mengagumkan, termasuklah perkakasan dalam lebih baik.
- Info
- Sumber – ASUS Global