Cari @ Amanz

Apakah model telefon paling laris pada tahun 2023? Menurut data yang dilaporkan oleh Omdia baru-baru ini, kesemua 10 telefon pintar paling laris pada H1 2023 dikeluarkan oleh Apple dan Samsung sahaja. iPhone 14 Pro Max ialah peranti paling pisang panas dengan 26.5 juta dikeluarkan diikuti oleh iPhone 14 Pro (21 juta), iPhone 14 (16.5 juta) dan iPhone 13 (15.5 juta).

Selepas itu di tangga kelima ialah Samsung Galaxy A14 (12.4 juta), Galaxy S23 Ultra (9.6 juta), Galaxy A14 5G (9.0 juta), Galaxy A54 5G (8.8 juta) , Galaxy A34 5G (7.1 juta) dan iPhone 11 (6.9 juta). Dominasi dua jenama ini adalah amat mengejutkan kerana tahun lalu masih terdapat peranti Redmi dalam senarai 10 paling laris.

iPhone Samsung

Paling menarik mengenai laporan Omdia ialah peranti paling laku Apple ialah model paling premium mereka iPhone 14 Pro Max. iPhone 13 pula mencatatkan jualan lebih tingi berbanding Galaxy S23 Ultra walaupun ia sebuah peranti model asas dengan hanya dwi-kamera. Sementara iPhone 11 yang sudah agak berusia masih mampu memasuki senarai 10 paling laris.

Tahun 2023 adalah amat mencabar bagi semua pengeluar telefon pintar. Jualan iPhone disahkan menurun menurut laporan kewangan Apple dan Samsung mencatatkan pengurangan pendapatan yang mendadak. Pasca pandemik masih ramai pengguna tidak berbelanja untuk membeli telefon pintar baharu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd