Lebuhraya DUKE Kini Turut Menambah Sokongan Untuk Pembayaran Guna Kad Debit Atau Kredit
Aman
Dengan bulan September menjelang tiba, pelbagai penyedia lebuhraya telah mula mengimplementasi ujian rintis melibatkan pembayaran alternatif kepada Touch n Go, iaitu menggunakan kad debit atau kad kredit.

Terbaru, penyedia Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) mengumumkan ketersediaan sokongan pembayaran tol menggunakan kad debit atau kredit di lebuhraya kendalian mereka.
Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit – sebagai alternatif kepada Touch n Go sekiranya kekurangan baki, atau tidak mempunyai kad TNG.
Sebelum ini, beberapa lebuhraya telah mengaktifkan ciri lebih kurang sama, termasuk Lebuhraya LDP, Sprint, SMART, BESRAYA, NPE, Kesas dan MEX. Kerajaan menyasarkan sekitar 12 lebuhraya mengaktifkan ciri berkenaan menjelang September ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.