Tahun ini tiada peranti siri Samsung Galaxy S23 ditawarkan dengan cip Exynos dengan kesemuanya menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Tetapi seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Samsung ingin kembali menggunakan cip Exynos khusus untuk Galaxy dengan ia telahpun tertiris sebagai Exynos 9200.

Menurut ciapan Ice Universe, Samsung Galaxy S24 dengan cip Eyxnos 9200 akan hanya dipasarkan di Eropah sahaja tahun hadapan. Sebelum ini cip Eyxnos ditawarkan kepada pengguna di Eropah dan beberapa negara Asia seperti Malaysia.
Berdasarkan maklumat tertiris cip Eyxnos 2400 bakal hadir dengan CPU 10 teras dengan konfigurasi CPU 1+2+3+4. Ini terdiri daripada 1 x 3.1GHz Cortex-X4 ,2 x 2.9GHz Cortex-A720, 3 x 2.6GHz Cortex-A720 dan 4 x 1.8GHz Cortex-A520. In kemudiannya dipadankan pula dengan GPU Xclipse 940 yang mempunyai 12 CU tetapi masih berasaskan GPU AMD RDNA 2.
- Sumber
- @UniverseIce