Carian
Pelanggan X Premium Kini Boleh Menyorokkan Likes
August 30, 2023 Effi Saharudin

Pelanggan X Premiun (Twitter Blue) kini boleh menyorokkan senarai Likes mereka daripada dilihat oleh pengguna lain. Ciri ini diaktifkan hari ini dan boleh mengelakkan insiden ciapan kontroversi yang disukai menjadi bualan ramai.

Untuk mengaksesnya, pelanggan perlu pergi ke Settings > Premium > Preferences > Early access to selected new features > Profile Customisation > Hide Like Tab. Hanya pemilik akaun boleh melihat kandungan tab Likes sekarang. Jika pengguna lain cuba melihatnya, tiada apa-apa akan muncul. Ini adalah satu lagi ciri eksklusif yang diberikan hanya kepada pelanggan X Premium bagi menarik minat pengguna biasa untuk turut menggunakannya.

Awal bulan ini akses kepada X Pro yang dahulunya dikenali sebagai Tweetdeck juga hanya diberikan kepada pelanggan Premium. Sungguhpun ia kini ciri berbayar, X Pro baharu mempunyai pelbagai masalah seperti sukar untuk menukar susunan lajur, ciapan yang dihantar lambat, susur masa tidak responsif dan sukar menghantar ciapan jika lebih daripada satu akaun digunakan.

Komen