Cari @ Amanz

Google hari ini menyambut Hari Kebangsaan 2023 dengan sebuah doodle yang ringkas. Melalui doodle yang diperlihatkan, ia menawarkan animasi jalur gemilang yang sedang berkibar, bersama latar langit cerah, dan tulisan Google dibawah.

Untuk makluman, Google telah menggunakan rekaan doodle yang lebih kurang sama pada Hari Merdeka 2022 dan juga 2021 yang lepas.

Ia agak berbeza dengan sekitar beberapa tahun yang lepas, dimana Google hadir dengan rekaan yang lebih unik dengan elemen tempatan – sekaligus menjadikannya lebih menarik.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan rekaan doodle tahun ini oleh Google?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd