Amerika Halang Jualan Cip AI Ke Beberapa Negara Timur Tengah Pula
Effi Saharudin
Perang yang seterusnya akan melibatkan dron dan kecerdasan buatan (AI). Bagi mengelakkan dominasi mereka diancam negara bukan sekutu, Amerika Syarikat telah mengenakan halangan import cip AI keluaran AMD dan NVIDIA ke China. Terkini menurut Reuters Amerika Syarikat mengenakan halangan yang sama ke beberapa negara di Timur Tengah pula.

Identiti negara -negara yang kini dihalang tidak pula didedahkan. Halangan jualan ini difailkan oleh NVIDIA baru-baru ini dengan AMD juga mengesahkan mereka menerima arahan yang sama daripada pihak berkuasa.
Hanya beberapa minggu yang lalu Arab Saudi dan UAE dilaporkan memborong cip AI yang bernilai ratusan juta Dollar bagi melatih AI mereka yang tersendiri. Sebahagian besar penyelidik AI di negara Timur Tengah adalah warga negara China yang digaji oleh pemerintah tempatan.
[sumber] Reuters [/sumber]