Papan Kekunci Magic Keyboard Untuk iPad Pro 2024 Akan Diperbuat Daripada Aluminium
Fahim Zahar
Minggu lepas telah kami laporkan yang Apple mungkin akan membawakan perubahan besar pada iPad Pro model tahun 2024. Antaranya adalah skrin OLED, cip Apple M3 dan juga Magic Keyboard baharu. Mark Gurman melalui Power On baru-baru ini melaporkan perubahan pada Magic Keyboard untuk iPad Pro akan datang.
Beliau menyatakan Apple akan menggunakan kerangka papan kekunci aluminium. Sementara bahagian bawah kekal sama. Bukan itu sahaja, Trackpad juga akan mempunyai saiz yang lebih besar. Dukacita dimaklumkan, aksesori papan kekunci premium ini akan masih mengekalkan satu port USB-C.

Dengan iPad Pro mempunyai papan kekunci yang lebih kukuh dan tahan lasak, ia sudah mirip sebuah komputer riba. Adakah Apple akan mengembalikan konsep iPad boleh menggantikan komputer, seperti dalam satu iklan yang telah dipadam?
[sumber] Mark Gurman – Power On [/sumber]