Carian
Spesifikasi Xiaomi 13T Dan 13T Pro Tertiris
September 4, 2023 Fahim Zahar

Xiaomi bakal melancarkan peranti mercu mampu milik mereka tidak lama lagi. Terdapat dua peranti iaitu Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro yang telah pun tersenarai dalam pangkalan data SIRIM. Baru-baru ini, spesifikasi peranti ini telah tertiris dan ia dilihat cukup menarik.

Dua variasi 13T – Leica hanya negara terpilih, lain-lain tanpa Leica.

Skrin kedua-dua peranti dikatakan adalah 6.67″ OLED 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz, kecerahan mencapai 2600 nits dan menyokong paparan Dolby Vision. Untuk 13T Pro ia akan dijana cip Dimensity 9200 dipadankan dengan memori 16GB RAM serta storan dalaman 1TB. Sementara 13T dengan Dimensity 8200-Ultra yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan 256 GB storan dalaman.

Untuk kamera dikatakan kedua-dua peranti sama sahaja. Di belakang adalah tri-kamera Leica 50MP Sony IMX707 f/1.9, OIS + 13MP Omnivision OV138 sudut ultra-lebar f/2.2 + 50MP Omnivision OVSOD telefoto dan kamera swafoto 20MP Sony IMX596. Bateri pula 5000mAh dengan pengecasan pantas 120W.

Xiaomi 13T Pro akan menyokong perlindungan IP68 dan dua pilihan warna iaitu hitam + kaca atau biru cair + kulit palsu. Xiaomi 13T pula IP53 sahaja dengan pilihan warna hitam atau mint. Kedua-dua peranti ini dijangka akan dilancarkan pada hujung September ini. Sama-sama kita nantikan. Xiaomi 13T Pro juga dikatakan adalah Redmi K60 Ultra yang dijenamakan semula.

Komen