Cari @ Amanz

Enggan terus berteka-teki akhirnya tarikh pelancaran rasmi kamera aksi lasak baharu GoPro Hero 12 Black diumumkan secara rasmi. Ia dijadualkan berlangsung pada 6 september akan datang, yang dalam masa sama laman pengiklanan rasmi turut telah diterbitkan. Rekaannya dilihat serupa dengan imej yang tular sebelum ini, namun butiran mengenai perkakasan dalaman masih misteri buat masa ini.

Pun begitu ia dipercayai tidak mempunyai perubahan yang jelas baik dari segi saiz, berat dan perkakasan dalaman dengan generasi sebelum ini. Cumanya kamera ini dikatakan mampu menawarkan ketahanan bateri lebih panjang. Dalam masa sama sistem penstabilan 6.0 serba baharu turut akan disertakan padanya bagi tujuan rakaman lebih berkualiti.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd