Cari @ Amanz

Jabra baru-baru ini telah melancarkan TWS baharu iaitu Elite 8 Active. Mereka mendakwa ini adalah TWS paling tahan lasak di dunia setakat ini dan sekali lagi menyasarkan kepada pengguna yang aktif sukan lasak serta aktiviti senaman. Hari ini Jabra Elite 8 Active telah dilancarkan di Malaysia secara rasmi.

Jabra Elite 8 Active hadir dengan pemacu audio 6mm yang menyokong codec SBC dan AAC. Ia turut menyokong Spatial Sound by Dolby untuk pengalaman audio imersif. Pada putik telinga, Jabra menggunakan EarGel dengan teknologi ShakeGrip yang memastikan fon telinga tidak akan terkeluar daripada telinga pengguna. Ia menggunakan bahan binaan cecair getah silikon.

Tubuh setiap fon telinga juga dibina untuk tahan lasak dan menyokong IP68. Sementara pod pengecas hanya IP54. Seperti biasa, Jabra akan kekal menawarkan mod tembus bunyi HearThrough mereka bersama-sama dengan Adaptive Hybrid ANC untuk pembatalan hingar aktif yang membolehkan pengguna fokus dengan aktiviti mereka tanpa sebarang gangguan.

Terdapat enam mikrofon terbina untuk ANC dan juga kualiti panggilan telefon yang jelas. Sensor cahaya ambien turut disediakan untuk sokongan auto jeda muzik. Elite 8 Active menggunakan Bluetooth 5.3 LE yang boleh ditambat pada dua peranti serta sokongan Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair. Ciri Spotify Tap turut masih boleh digunakan.

Bateri kali ini dikatakan boleh bertahan sehingga 56 jam dengan pod pengecas tanpa ANC dan 8 jam pad fon telinga dengan ANC. Sokongan pengecasan pantas adalah 5 minit cas untuk 1 jam penggunaan dan pengecasan nirwayar turut disediakan. Kawalan TWS ini boleh dilakukan pada aplikasi Jabra Sound+ untuk Android dan iOS.

Jabra Elite 8 Active dijual di Malaysia pada harga RM1049. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Navy Blue, karamel, atau kelabu. Buat masa ini jualan untuk Elite 10 masih tidak diumumkan lagi, tetapi dianggarkan akan tiba dalam masa beberapa minggu lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd